DUNIA
Wartawan British, Sami Hamdi ditahan imigresen Amerika Syarikat
Penahanan Hamdi berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Ahad, sehari selepas beliau menyampaikan ucapan di majlis tahunan anjuran Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di Sacramento, California.
SAN FRANCISCO: Wartawan dan pengulas politik British, Sami Hamdi, telah ditahan oleh pihak Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) ketika berada di negara itu bagi siri jelajah ceramah.
Penahanan Hamdi berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Ahad, sehari selepas beliau menyampaikan ucapan di majlis tahunan anjuran Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di Sacramento, California.
Beliau dijadualkan untuk berucap di acara CAIR Florida pada hari berikutnya.
Jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Tricia McLaughlin mengesahkan, visa Hamdi telah dibatalkan dan beliau kini berada dalam tahanan ICE sementara menunggu proses pengusiran dari negara itu.
Menurut kenyataan DHS dan Jabatan Negara AS, Hamdi didakwa menyokong aktiviti keganasan dan dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Namun, CAIR menegaskan, penahanan tersebut bermotifkan politik dan melanggar hak kebebasan bersuara.
“Kami telah nyatakan sebelum ini dan akan terus nyatakan: Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menerima warga asing yang menyokong keganasan dan mengancam keselamatan rakyatnya,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan di platform X.
CAIR menyifatkan tindakan menahan Hamdi sebagai satu bentuk pencabulan terhadap kebebasan bersuara, sambil menegaskan bahawa beliau ditahan kerana lantang mengkritik tindakan Israel di Gaza yang disifatkan sebagai genosid.
“Negara ini mesti menghentikan tindakan menculik pengkritik kerajaan Israel atas desakan pelampau yang mengutamakan kepentingan Israel. Ini bukan dasar ‘America First’, tetapi ‘Israel First’ yang mesti dihentikan,” kata CAIR dalam kenyataan rasmi.
Penahanan Hamdi turut dikaitkan dengan kempen tekanan oleh aktivis politik sayap kanan dan sekutu bekas Presiden Donald Trump, Laura Loomer, yang mendakwa Hamdi mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
CAIR membalas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa Loomer menyebarkan teori konspirasi anti-Muslim.
Setakat ini, wakil Hamdi belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.
Kes ini bukan yang pertama melibatkan penahanan individu yang lantang mengkritik dasar Israel.
Sebelum ini, beberapa aktivis pro-Palestin turut berdepan tindakan serupa oleh pihak berkuasa AS. - Agensi