[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Wartawan didakwa cabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar, keputusan 3 Sept

Astro Awani 27/08/2018 | 04:45 MYT
Kyaw Soe Oo diiringi polis di mahkamah di Yangon, Myanmar, 1 Feb, 2018. REUTERS / Fail
Keputusan kes melibatkan dua wartawan Reuters yang dituduh mencabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar ditangguhkan kepada Isnin depan.
Ia susulan hakim yang mengendalikan kes pendakwaan itu tidak sihat, menurut seorang pegawai mahkamah.
"Hakim tidak sihat, jadi saya di sini untuk mengumumkan keputusan itu ditangguhkan kepada 3 September," kata Hakim Khin Maung Maung.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri prosiding singkat di mahkamah Yangon itu, menggantikan Hakim Ye Lwin yang mengendalikan kes itu sebelum ini.
Wartawan Wa Lone, 32 tahun, dan Kyaw Soe Oo, 28 tahun, telah ditahan pada Disember 2017.
Pendakwaan mereka dilihat sebagai satu ujian terhadap kemajuan menuju demokrasi di negara Asia Tenggara itu.
Sebelum ini, nasib dua wartawan itu dijangka ditentukan hari ini.
#Akta Rahsia Rasmi #cabul #hakim #mahkamah #Myanmar #wartawan