Wartawan dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara

Astro Awani
September 3, 2018 05:03 MYT
Perarakan sebagai tanda solidariti kepada dua wartawan Reuters yang ditahan diadakan di Yangon, Myanmar, 1 Sept, 2018. REUTERS
Dua wartawan Reuters dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun pada Isnin atas kesalahan mencabul Akta Rahsia Rasmi negara itu.
Wa Lone dan Kyaw Soe Oo didakwa memiliki dokumen kerajaan yang diklasifikasikan sebagai sulit.
Kedua-dua mereka ditahan sejak tahun lalu kerana memiliki dokumen sulit yang diterima dari dua anggota polis yang bertugas di Rakhine.
Mereka ketika itu berada di Rakhine bagi menyediakan laporan khas krisis kemanusiaan etnik Rohingya.
BACA: Wartawan didakwa cabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar, keputusan 3 Sept
BACA: Wartawan Reuters ditahan, PBB suara kerisauan
BACA: Siasatan ke atas dua wartawan Reuters hampir selesai
#Akta Rahsia Rasmi #dokumen kerajaan #Myanmar #penjara #Reuters #sulit #wartawan #Yangon