awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza dinobat 'Man of the Year' majalah GQ

Gempak
Gempak
01/12/2023
01:20 MYT
Wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza dinobat 'Man of the Year' majalah GQ
Nama Motaz Azaiza menjadi sanjungan umat Islam dunia selepas melihat keberaniannya berkongsi kejadian sebenar di Gaza sehingga perlu mencari perlindungan selepas diancam rejim Zionis. - Foto Gempak
MAJALAH terkenal GQ edisi Timur Tengah menobatkan wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza sebagai Man of the Year kerana keberaniannya merakam kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.
Azaiza yang menjadi terkenal selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan pada 7 Okt lalu juga disifatkan sebagai simbol keberanian.
Dia telah mencetuskan inspirasi kepada dunia menerusi perkongsian mengenai kesengsaraan mangsa perang di laman sosial termasuk Instagram.
“Azaiza mengingatkan kami bahawa tidak kira adakah anda berkuasa, siapa anda, dari mana asal usul anda — kita semua adalah sama. Manusia biasa, sama ada lelaki atau wanita, kita sama-sama boleh mengubah apa yang ingin kita lihat (dengan lebih baik),” ujar pengarang GQ, Ahmad Ali Swaid.
“Dengan sikap berani membongkar kebenaran di sebalik kuasa besar yang digeruni, kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Azaiza,” tambahnya lagi.
Nama Azaiza menjadi sanjungan umat Islam di seluruh dunia selepas melihat keberaniannya berkongsi kejadian sebenar di Gaza sehingga dia perlu mencari perlindungan selepas diancam puak rejim Zionis.
Azaiza kini memiliki lebih 15 juta pengikut di Instagram yang sentiasa mendoakan perjuangannya.
Topic Berkaitan
#wartawan foto Palestin
#Motaz Azaiza
#Man of the Year
#GQ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan