KIEV: Seorang wartawan yang juga pembikin program dokumentari Amerika Syarikat (AS) maut terkena tembakan manakala seorang lagi jurugarmbar dari negara 'Uncle Sam' itu cedera pada Ahad di Irpin, Ukraine.
Pembuat dokumentari video, Brent Renaud, 50, itu bekerja untuk syarikat media Time Studios dalam projek mengenai isu pelarian global.
"Kami sangat sedih dengan kehilangan Brent Renaud," kata Ketua Editor Time Studios, Edward Felsenthal dalam satu kenyataan.
"Adalah penting bahawa wartawan dapat membuat liputan dengan selamat mengenai pencerobohan dan krisis kemanusiaan yang berterusan ini di Ukraine," tambahnya.
Kad identiti pengenalan diri ketika bekerja di New York Times adalah antara dokumen yang ditemui pada Renaud yang menyebabkan terdapat laporan awal bahawa dia bekerja untuk akhbar itu.
Persekutuan Wartawan Antarabangsa mengenal pasti jurugambar AS yang cedera itu ialah Juan Arredondo.
Mangsa ketiga, seorang warga Ukraine yang berada dalam kereta yang sama dengan warga Amerika juga cedera, menurut seorang doktor di tempat kejadian.
BACA: Krisis Rusia-Ukraine: 10,000 penduduk masih terkandas di bandar Irpin
Pihak akhbar The New York Times menanggap Renaud sebagai jurugambar dan pembikin filem berbakat yang kali terakhir menyumbang kepada akhbar itu ialah pada tahun 2015.
Pegawai Ukraine menyalahkan tentera Rusia kerana melancarkan serangan sehingga menyebabkan wartawan itu terbunuh manakala seorang jurugambar AS dan seorang warga Ukraine cedera itu.
Kejadian berlaku berhampiran sebuah jambatan yang menghala dari Irpin ke Bucha yang kini di bawah kawalan Rusia.
Renaud menjadi wartawan asing pertama yang terbunuh di Ukraine sejak serangan tentera Rusia bermula pada 24 Februari lalu. - Agensi
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 14 2022
Brent Renaud ketika hadir pada satu majlis anugerah di New York, 31 Mei, 2015. - Gambar fail AP
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Wartawan AS maut terkena tembakan di Ukraine
Brent Renaud bekerja untuk syarikat media Time Studios dalam projek mengenai isu pelarian global.
Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyifatkan keputusan itu sebagai penghinaan kepada semua mangsa keganasan.