awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan Reuters terbunuh di Afghanistan

Bernama
Bernama
16/07/2021
14:01 MYT
Wartawan Reuters terbunuh di Afghanistan
Danish Siddiqui bersama komando Afghanistan sedang membuat liputan mengenai di Kandahar, sejak beberapa hari lalu. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: Wartawan Reuters yang berpangkalan di India dan pernah merangkul anugerah terbunuh dalam satu pertempuran antara pasukan Afghanistan dan Taliban di wilayah Kandahar.
Danish Siddiqui bersama komando Afghanistan sedang membuat liputan mengenai di Kandahar, sejak beberapa hari lalu.
Beliau terkorban di daerah Spin Boldak, menurut laporan Tolo News.
"Sedih dan terkejut mendengar berita kematian seorang sahabat," kata Duta Afghanistan ke India, Farid Mamundzay, di akaun Twitternya pada Jumaat.
Utusan khas itu berkata kejadian berlaku malam Khamis.
Danish pernah memenangi Hadiah Pulitzer 2018 menerusi rencana bergambar mengenai krisis pelarian Rohingya.
Berusia awal 40-an, baru-baru ini beliau menerima pengiktirafan atas hasil kerjanya termasuk berkaitan pandemik COVID-19 dan tunjuk perasaan di India.
Beliau merupakan alumni universiti Jamia Millia Islamia di New Delhi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan Reuters
#Terbunuh
#India
#Afghanistan
#Kandahar
#Danish Siddiqui
#Spin Boldak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan