awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan sudah lama 'tak puas hati' peraturan ambil gambar PM Thailand

Agensi
Agensi
04/08/2018
08:14 MYT
Wartawan sudah lama 'tak puas hati' peraturan ambil gambar PM Thailand
Prayut juga akhirnya bersetuju, garis panduan itu ada sebahagiannya agak keterlaluan. - Gambar fail
Kegelisahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan wartawan tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan di Thailand melibatkan Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, akhirnya sampai ke pengetahuan individu berjawatan paling tinggi dalam pentadbiran Negara Gajah Putih itu.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, jurucakap kerajaan Sansern Kaewkamnerd memberitahu Prayut sendiri merasakan beberapa peraturan tersebut agak keterlaluan.
Sebelum ini, satu garis panduan standard dan etika wartawan telah dikeluarkan oleh Cawangan Khas Polis negara itu sebagai langkah keselamatan.
Bagaimanapun, garis panduan itu mencetus kritikan dari orang awam dan petugas media.
Antara garis panduan etika lain yang dikenakan adalah:
  • Tunjuk ‘isyarat hormat' sebelum dan selepas ambil gambar
  • Sentiasa berpakaian pejabat
  • Hantar kamera untuk pemeriksaan dan hanya gunakan kamera dengan tanda permit
  • Daftarkan diri dalam sesuatu acara dan pakai gelang tangan khas
  • Jangan berkelakuan tidak senonoh atau menggunakan bahasa tidak sesuai
Peraturan lain termasuklah wartawan perlu memastikan jarak sekurang-kurangnya 5 meter dari Perdana Menteri dan tidak berebut-rebut ketika mengambil gambar hingga bersandar pada orang lain ataupun mengangkat kamera melebihi paras kepala seseorang.
Antara amalan standard lain ketika mengambil gambar Perdana Menteri, garis panduan itu juga mengingatkan supaya:
  • Jangan ambil gambar secara berdepan ketika Perdana Menteri dalam bilik resepsi
  • Jangan ambil gambar Perdana Menteri ketika beliau menaiki atau menuruni tangga
  • Jangan ambil gambar ketika Perdana Menteri sedang makan
  • Penggunaan cahaya dibenarkan tapi tidak melebihi 1,500 watt.
Garis panduan yang dikeluarkan itu juga menegaskan, petugas media yang didapati gagal mematuhi peraturan akan kehilangan gelang tangan identiti petugas dan akan diharamkan daripada membuat liputan.
"Kita akan mengekalkan set peraturan standard, tetapi jika ada yang menimbulkan rasa tidak puas hati, kita harus nilai semula," ujar Prayut yang disampaikan melalui pegawainya.
Prayut menyedari garis panduan itu dibuat oleh pihak polis untuk tujuan keselamatan berdasarkan protokol antarabangsa, tetapi telah mengeluarkan arahan agar ia dinilai sekali lagi dan dilonggarkan sedikit, supaya tidak menyulitkan wartawan.
Perdana Menteri Thailand itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan para petugas media apabila mengelak untuk disoal, sebaliknya meletakkan kadbod yang dicetak dengan imejnya sendiri di lokasi tumpuan sidang media.
BACA: PM Thailand kini amalkan cara pelik untuk elak soalan wartawan
Topic Berkaitan
#etika kerja
#Media
#petuigas media
#Prayut Chan-O-Cha
#Thailand
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan