awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Washington buka aktiviti sosial dalam fasa kedua

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2020
23:39 MYT
Washington buka aktiviti sosial dalam fasa kedua
Muriel mengesahkan Washington sudah 13 hari berada dalam kadar penurunan kes virus, sehari kurang dari syarat yang ditetapkan. - AP/Manuel Balce Ceneta
Datuk Bandar Washington DC Muriel Bowser mengumumkan pembukaan semula fasa kedua di bandar Amerika Syarikat (AS) itu.
Ia diumum walaupun bandar itu tidak mencapai penurunan kes 14 hari yang disyorkan kerajaan persekutuan bagi membuka semula aktiviti sosial dan ekonominya.
Orang ramai akan dibenarkan mengunjungi taman permainan dan gereja minggu ini.
Bagaimanapun, Muriel mengesahkan, Washington sudah 13 hari berada dalam kadar penurunan kes virus, sehari kurang dari syarat yang ditetapkan.
Orang ramai juga sudah boleh berkumpul dalam kumpulan tidak melebihi dari 50 orang dan boleh berbelanja di kedai tertutup yang mempunyai kapasiti 50 peratus pelanggan.
Kehadiran di gereja dengan jumlah maksimum 100 orang juga dibenarkan.
Muzium dan zoo juga boleh dibuka semula, dengan syarat hanya 50 orang dibenarkan melawat pada satu-satu masa dengan penjarakan sosial enam kaki antara pelawat.
Kelonggaran berkenaan menurut Muriel memungkinkan langkah-langkahnya diperketat lagi jika Washington melihat kadar positif lebih dari 15 peratus dalam seminggu di lokasi pengujian.
Topic Berkaitan
#50 peratus pelanggan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#koronavirus
#Muriel Bowser
#penjarakan sosial
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan