DUNIA
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
Kapal Minerva sebelum ini belayar tanpa membuat pembayaran atau mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Venezuela. (Foto AP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela telah melaksanakan operasi bersama bagi membawa pulang kapal tangki minyak Minerva ke perairan negara Amerika Selatan itu, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan syarikat minyak milik kerajaan Venezuela, PDVSA pada Jumaat.
"Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Venezuela mengumumkan kejayaan operasi bersama bagi penghantaran pulang kapal Minerva, yang sebelum ini belayar tanpa membuat pembayaran atau mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Venezuela," menurut kenyataan itu.
"Hasil kejayaan operasi bersama yang pertama ini, kapal berkenaan kini sedang dalam pelayaran pulang ke perairan Venezuela untuk tujuan kawalan keselamatan dan tindakan susulan," tambahnya.
Terdahulu pada Jumaat, AS mengumumkan rampasan kapal tangki kelima sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal minyak Venezuela.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kristi Noem berkata Pengawal Pantai melaksanakan operasi menaiki dan menyita kapal tangki motor Olina, yang sebelum ini dikenali sebagai Minerva M, di perairan antarabangsa di timur Laut Caribbean.
Pentadbiran Trump telah memperhebat operasi ketenteraan di Laut Caribbean dan timur Lautan Pasifik sejak September, atas alasan usaha membanteras pengedaran dadah.
Rampasan kapal tangki terbaharu itu menyusul selepas AS melancarkan operasi ketenteraan di Venezuela pada 3 Jan, yang menyaksikan penahanan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores. Trump menyatakan pentadbirannya akan "mengurus" Venezuela serta aset minyak negara itu sepanjang tempoh peralihan.
Jurucakap Pentagon Sean Parnell berkata sekatan Jabatan Pertahanan di Laut Caribbean kekal "berkuat kuasa sepenuhnya dan sangat berkesan."
"Dalam tempoh 24 jam yang lepas sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kapal minyak 'armada gelap' telah berpatah balik bagi mengelak daripada ditahan kerana mereka tahu kami serius," tulis Parnell di platform media sosial X, sambil menambah bahawa AS akan "memburu dan menyekat semua kapal armada gelap" yang mengangkut minyak Venezuela.
-- BERNAMA