awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna

Agensi
Agensi
04/02/2025
23:10 MYT
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Perdana Menteri Netanyahu (kanan) disambut oleh Presiden Trump sebaik tiba di White House, Washington. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lawatan ke Amerika Syarikat (AS) memberi lonjakan kepada beliau di pentas dunia selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan jenayah perang.
Memandangkan Washington tidak mengiktiraf mahkamah tersebut, bermakna AS tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu - dan telah mengecam keras tindakan ICC itu.
Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap bekas Menteri Luar Israel, Yoav Gallant.
Pada Disember lalu, Israel mengemukakan rayuan terhadap waran tangkap tersebut dengan mendakwa prosedur pemberitahuan yang betul tidak diikuti dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa, menurut laporan Times of Israel.
Sementara itu, keadaan di luar Pejabat Oval sangat sibuk menjelang ketibaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sekumpulan wartawan berkumpul di kawasan itu, termasuk sebilangan besar daripada pasukan media Israel.
Di sepanjang laluan berturap berhampiran kawasan yang dikenali sebagai Pebble Beach, anggota perkhidmatan berseragam dari angkatan tentera AS berbaris dalam dua barisan, masing-masing memegang bendera AS. - Agensi
Topic Berkaitan
#Washington
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#Benjamin Netanyahu
#waran tangkap Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan