awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WCK sambung misi bantuan di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2024
02:00 MYT
WCK sambung misi bantuan di Gaza
WCK mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan sedia untuk memasuki Gaza melalui Rafah.
GAZA: World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Sebelum menghentikan operasi, WCK telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza sejak Oktober, mewakili 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa.
Badan amal itu berkata, ia mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan sedia untuk memasuki Gaza melalui Rafah dan juga akan menghantar trak ke Gaza dari Jordan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCK, Erin Gore, keadaan kemanusiaan di Gaza kekal kritikal dan pihaknya akan memulakan semula operasi dengan tenaga, maruah dan tumpuan untuk memberi makan kepada orang ramai.
Kematian pada 1 April mencetuskan kecaman meluas dan tuntutan daripada sekutu Israel, termasuk Amerika Syarikat untuk mendapatkan penjelasan.
Israel berkata siasatannya mendapati kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh tenteranya serta memecat dua pegawai kanan dan menegur komander kanan.
Topic Berkaitan
#WCK
#Gaza
#makanan
#Erin Gore
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan