WEF ditunda pada awal musim panas tahun hadapan

Astro Awani
Ogos 26, 2020 15:03 MYT
Menurut WEF dalam satu kenyataan, keputusan tersebut diambil sebagai langkah keselamatan susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia. - Gambar fail/REUTERS
Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2021 ditunda kepada minggu terawal musim panas tahun hadapan.
Menurut WEF dalam satu kenyataan, keputusan tersebut diambil sebagai langkah keselamatan susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia.
Namun, pada 25 Januari tahun hadapan, sesi dialog "Davos Dialogues" di mana para pemimpin dunia akan membincangkan keadaan semasa secara maya.
Kenyataan tersebut turut menjelaskan, tarikh dan lokasi forum tahunan itu akan diumumkan kelak.
Ia termasuk mengikut segala syarat dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penganjur serta peserta forum itu terjamin.
#COVID-19 #Davos #Davos Dialogues #ekonomi #Forum Ekonomi Dunia #tunda #WEF