WEF2026: Eropah sedang menuju ke arah yang salah - Trump

Trump ketika menyampaikan ucapan beliau pada WEF di Davos, Switzerland. - Gambar Reuters/Denis Balibouse
KUALA LUMPUR: Donald Trump berkata Eropah sedang menuju ke arah yang salah.
Ringkasan AI
- Donald Trump menyatakan Eropah sedang mengalami arah yang salah, disebabkan fokus kepada tenaga hijau dan migrasi besar-besaran yang memberi kesan negatif kepada benua tersebut.
- Trump menyatakan keinginan untuk melihat United Kingdom dan Eropah mencapai kejayaan, tetapi merasakan ada bahagian Eropah yang kini tidak dapat dikenali.
- Komen Trump ini muncul dalam ucaptama di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, di mana hubungan Amerika-Eropah tegang disebabkan tawaran untuk mendapatkan Greenland yang diperintah oleh Denmark.
"Tidak mahu menghina sesiapa, tetapi ada tempat di Eropah yang kini tidak dapat dikenali," katanya dalam ucaptama pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland hari ini.
Trump menegaskan, beliau mahu melihat United Kingdom dan Eropah secara keseluruhan berjaya.
"Kami amat percaya kepada ikatan yang dikongsi dengan Eropah sebagai sebuah tamadun," ujar Trump.
Kenyataan itu hadir ketika hubungan Amerika dengan beberapa negara Eropah menegang lantaran gesaannya untuk mendapatkan Greenland, wilayah yang ditadbir Denmark yang juga ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Trump dijadual menghadiri beberapa mesyuarat penting di Davos, termasuk sesi khas berkaitan dasar ekonomi dan hubungan antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


