DUNIA
WEF2026: Tarif jadi alat utama dasar luar AS, ketidaktentuan global meningkat
WEF berlangsung pada 19 hingga 23 Januari, dengan tema “A Spirit of Dialogue”, dengan matlamat memulihkan kepercayaan dan memacu kerjasama rentas kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil. - Gambar/ WEF
DAVOS: Tarif kini muncul sebagai instrumen utama dasar luar Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump, sekali gus mengubah landskap perdagangan global.
Ringkasan AI
Pada masa sama ia meningkatkan tahap ketidaktentuan dalam kalangan syarikat multinasional, menurut pakar undang‑undang dan perniagaan antarabangsa.
Profesor di Georgetown University Law Center, Kathleen Claussen berkata tarif tidak lagi digunakan semata‑mata sebagai alat perdagangan, sebaliknya dijadikan mekanisme utama diplomatik dan geopolitik.
“Tarif kini digunakan untuk segala‑galanya. Ia telah menjadi alat utama dasar luar, bukan sekadar instrumen perdagangan luar. Perbezaan ini penting, dari segi praktikal dan juga dari sudut undang‑undang,” kata Claussen.
Beliau berkata demikian sewaktu sesi dialog di World Economic Forum (WEF) bertajuk Governments as Economic Super Actors, di Davos Switzerland.
Bukan Satu Kejutan
Walaupun ramai pemerhati antarabangsa melihat pendekatan agresif ini sebagai mengejutkan, Claussen berpandangan strategi tersebut adalah kesinambungan daripada dasar era penggal pertama Trump.
Menurut beliau, rasa tidak puas hati terhadap keberkesanan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sudah lama mendorong AS mencari kaedah sebelah pihak atau unilateral.
“Sudah wujud tanggapan bahawa WTO tidak mencukupi untuk menangani keperluan perdagangan kita. Undang‑undang sedia ada tidak dapat menampung kebimbangan AS, khususnya berkaitan China, dan juga isu lain,” kata Claussen.
Situasi itu, katanya, membuka laluan kepada penggunaan undang‑undang domestik secara meluas bagi menangani isu perdagangan, keselamatan ekonomi dan tekanan geopolitik.
Landasan Undang‑Undang Masih Kukuh
Claussen turut menegaskan bahawa sebahagian besar tindakan tarif ini berlandaskan undang‑undang AS yang sedia ada.
“Perkara yang sering mengejutkan pemerhati ialah banyak langkah ini sebenarnya sah dari segi undang‑undang. Di bawah undang‑undang Amerika Syarikat, terdapat beberapa statut yang memberi kuasa luas kepada presiden untuk mengenakan tarif atas alasan keselamatan ekonomi,” katanya.
Beliau turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung AS yang dinantikan, yang mungkin menentukan had sebenar kuasa tersebut.
Syarikat Berdepan Ketidaktentuan Tinggi
Rakan Kongsi Urusan Global dan Pengerusi Kearney, Bob Willen berkata ketidaktentuan kini menjadi cabaran paling besar yang dihadapi oleh syarikat di seluruh dunia.
“Perkataan pertama yang terlintas ialah ketidaktentuan. Syarikat di seluruh dunia sedang berdepan ketidaktentuan dalam pelbagai bentuk,” kata Willen dalam sesi sama.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun tarif mendapat liputan meluas, campur tangan perdagangan sudah lama meningkat di peringkat global.
“Intervensi berkaitan perdagangan di peringkat global kini hampir dua kali ganda berbanding tujuh tahun lalu,” katanya, merujuk kepada penjejakan oleh Global Trade Alert.
Fokus Kepada Daya Tahan, Bukan Pengembangan
Menurut Willen, syarikat kini lebih tertumpu kepada daya tahan berbanding peluasan operasi.
“Apa yang korporat mahukan ialah kebolehramalan. Tetapi apa yang mereka lihat hari ini bukan sahaja tarif, malah subsidi dan pelbagai bentuk campur tangan dasar yang perlu diambil kira,” katanya.
Beliau berkata banyak syarikat sedang melakukan penilaian risiko secara mendalam, mempelbagaikan rantaian bekalan serta menyebarkan lokasi pengeluaran bagi meningkatkan ketahanan operasi.
Namun, beliau mengakui bahawa dalam keadaan tidak menentu, banyak keputusan pelaburan ditangguhkan.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Ringkasan AI
- Tarif kini menjadi instrumen utama dasar luar AS di bawah Presiden Trump, mengubah landskap perdagangan global dengan meningkatkan ketidaktentuan dalam kalangan syarikat multinasional.
- Penggunaan tarif kini lebih kepada aspek diplomatik dan geopolitik daripada semata-mata perdagangan, menurut Profesor Kathleen Claussen di Georgetown University Law Center.
- Syarikat global menghadapi ketidaktentuan tinggi disebabkan campur tangan perdagangan yang meningkat, menyebabkan fokus mereka beralih kepada daya tahan operasi berbanding pengembangan.