awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembang dengan chatbot setiap hari undang kemurungan - Kajian AS
Presiden Filipina stabil, di bawah pemantauan selepas alami ketidakselesaan
Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Pakistan meningkat kepada 60

WEF2026: Trump gesa rundingan segera untuk peroleh Greenland

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
21/01/2026
14:15 MYT
WEF2026: Trump gesa rundingan segera untuk peroleh Greenland
Trump berkata hanya Amerika Syarikat yang mempunyai keupayaan untuk menjamin keselamatan Greenland. - Gambar Reuters/Denis Balibouse
KUALA LUMPUR: Donald Trump hari ini menggesa rundingan segera ke arah satu perjanjian untuk memperoleh Greenland.

Ringkasan AI
  • Donald Trump menggesa rundingan segera untuk memperoleh Greenland, menegaskan tidak akan menggunakan kekerasan dalam proses tersebut.
  • Trump menyatakan Amerika Syarikat perlu rundingan untuk jamin keselamatan Greenland, tanpa kaitan dengan isu nadir bumi.
  • Beliau menekankan kepentingan strategik Greenland bagi keselamatan negara Amerika Syarikat berikutan laluan perkapalan Artik dan sumber mineral kritikal.

Presiden Amerika itu menegaskan, beliau tidak akan menggunakan kekerasan dalam usahanya mendapatkan wilayah autonomi Denmark itu.
“Saya sedang mencari rundingan segera untuk sekali lagi membincangkan kaedah perolehan Greenland oleh Amerika Syarikat,” katanya kepada para pemimpin dunia yang berhimpun di sempena Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland.
Trump berkata hanya Amerika Syarikat yang mempunyai keupayaan untuk menjamin keselamatan Greenland.
Jelas Trump, keperluan mendesak untuk mengadakan rundingan itu tidak ada kena‑mengena dengan isu unsur nadir bumi.
"Saya amat menghormati rakyat Greenland dan rakyat Denmark, amat menghormati mereka. Tetapi setiap sekutu NATO mempunyai kewajipan untuk mempertahankan wilayah mereka sendiri dan faktanya, tiada mana‑mana negara atau kumpulan negara yang berada dalam kedudukan untuk menjamin keselamatan Greenland selain Amerika Syarikat," ujarnya.
Menurut beliau, pertimbangan itulah yang mendorong desakannya untuk mengadakan rundingan berhubung kemungkinan perolehan itu.
Beliau turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat memerlukan Greenland demi keselamatan negara yang strategik.
Greenland, wilayah autonomi di bawah Denmark, mempunyai kepentingan strategik yang semakin meningkat berikutan laluan perkapalan Artik, sumber mineral kritikal dan kedudukan ketenteraannya.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#Davos
#WEF2026
#Trump
#Greenland
#Denmark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.