awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WFP salur bantuan makanan kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat

Bernama
Bernama
11/10/2023
09:04 MYT
WFP salur bantuan makanan kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat
Sebanyak AS$17.3 juta diperlukan dalam tempoh empat minggu akan datang untuk menangani krisis kemanusiaan. - AP
MOSCOW: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan operasi kecemasan untuk menyediakan makanan kepada lebih 800,000 orang di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, di tengah-tengah konflik antara Israel dan Palestin, lapor Sputnik.
Dalam satu kenyataan WFP berkata, penduduk di Gaza dan Tebing Barat menghadapi masalah kekurangan akses kepada makanan, air dan bekalan penting.
WFP menggesa penubuhan koridor kemanusiaan untuk memudahkan kemasukan bantuan makanan dan kemanusiaan ke Gaza.
Selain itu, sebanyak AS$17.3 juta diperlukan dalam tempoh empat minggu akan datang untuk menangani krisis kemanusiaan.
"Semua sempadan dan pusat pemeriksaan antara Tebing Barat dan Gaza ditutup, memburukkan lagi krisis apabila bantuan yang sangat diperlukan dihalang daripada masuk," kata WFP.
Pada Isnin WFP bersama Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin telah mengedarkan makanan kepada 73,000 penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WFP
#salur bantuan makanan
#Gaza
#Tebing Barat
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan