[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

WhatsApp diharamkan daripada peranti kakitangan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

Amanz 24/06/2025 | 03:20 MYT
Meta mengatakan WhatsApp selamat dengan adanya ciri mengunci perbualan dengan biometri serta sandaran yang disulitkan dengan kata laluan.
ADAKAH WhatsApp selamat untuk digunakan?
Meta mengatakan ya dengan terdapat ciri mengunci perbualan dengan biometri serta sandaran yang disulitkan dengan kata laluan.
Sungguhpun begitu Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah mengharamkan kakitangan daripada memasang WhasApp pada peranti yang diberikan oleh kerajaan.
Alasan yang diberikan disebabkan oleh kekurangan ketelusan daripada WhatsApp tentang kerangka kerja privasi dan keselamatan mereka.
Kakitangan yang mencari aplikasi alternatif dibenarkan memasang Microsoft Teams, Wickr, Signal, iMessage atau FaceTime sebagai pengganti pada ketika ini.
Arahan pengharaman pemasangan WhatsApp ini adalah mirip yang diberikan pada tahun 2022 ke atas aplikasi TikTok juga atas sebab yang sama.
Pengarah komunikasi Meta, Andy Stone telah mengeluarkan kenyataan di X yang mengatakan beliau sangat tidak bersetuju dengan arahan yang diberikan ini.
Sumber: BGR
#WhatsApp #Dewan Perwakilan Amerika Syarikat #privasi #Meta