DUNIA
WhatsApp nafi tuduhan Iran, bimbang sekatan semakin meluas

WhatsApp menafikan dakwaan media kerajaan Iran bahawa ia menyalurkan maklumat pengguna kepada Israel. -Gambar fail/Sinar Harian
SACRAMENTO: WhatsApp menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan oleh media kerajaan Iran yang menggesa rakyat negara itu memadamkan aplikasi permesejan tersebut daripada telefon pintar mereka.
Ringkasan AI
- WhatsApp menafikan dakwaan media kerajaan Iran bahawa ia menyalurkan maklumat pengguna kepada Israel, dan menyuarakan kebimbangan terhadap gesaan agar rakyat Iran memadamkan aplikasi tersebut.
- WhatsApp menegaskan bahawa ia tidak menjejak lokasi, tidak menyimpan log komunikasi, dan tidak mempunyai akses kepada mesej pengguna kerana sistem penyulitan hujung ke hujung.
- Walaupun pernah disekat, WhatsApp kekal popular di Iran dan ramai pengguna masih mengaksesnya menggunakan VPN.
Aplikasi itu turut menjelaskan bahawa ia menggunakan sistem penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption), yang memastikan hanya penghantar dan penerima dapat membaca mesej yang dihantar, manakala pihak ketiga termasuk WhatsApp sendiri tidak mempunyai akses kepada kandungan mesej tersebut.
Iran sebelum ini pernah menyekat akses kepada WhatsApp dan beberapa platform media sosial lain, namun ramai pengguna di negara itu menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk mengakses aplikasi tersebut.
WhatsApp kekal sebagai salah satu aplikasi pemesejan paling popular di Iran selain Instagram dan Telegram.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami