INTERNATIONAL

White House ditutup selepas kenderaan rempuh penghadang keselamatan

Agensi 23/02/2018 | 23:21 MYT
Pegawai Perkhidmatan Rahsia memeriksa sebuah kenderaan yang merempuh penghadang keselamatan bangunan White House di 17th Street, Washington, 23 Feb, 2018. (Foto AP)
White House ditutup serta merta selepas seorang pemandu merempuh penghadang keselamatan di perkarangan bangunan pentadbiran itu.
Ketika kejadian, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang menerima kunjungan rasmi daripada Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.
Pemandu wanita yang tidak diketahui identitinya segera ditahan oleh pegawai perkhidmatan rahsia AS.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun wanita terbabit telah ditahan, pegawai terus menutup perkarangan White House dan kawalan keselamatan dipertingkatkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiada tembakan dilepaskan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
#Donald Trump #perkhidmatan rahsia AS #Presiden Amerika Syarikat #rempuh #White House