awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

White House hadkan akses media ke ruangan 'Upper Press'

Bernama
Bernama
01/11/2025
03:45 MYT
White House hadkan akses media ke ruangan 'Upper Press'
Wakil media dilarang memasuki Bilik 140 di Sayap Barat, yang juga dikenali sebagai "Upper Press" tanpa janji temu. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: White House pada Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya mengehadkan akses pemegang pas media ke kawasan dikenali sebagai "Upper Press" tanpa janji temu dengan alasan bagi melindungi "bahan sensitif."
Menurut memorandum yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (NSC), wakil media dilarang memasuki Bilik 140 di Sayap Barat, yang juga dikenali sebagai "Upper Press" tanpa janji temu, lapor Anadolu Ajansi.
Dasar yang berkuat kuasa serta-merta itu bertujuan untuk "memastikan pematuhan terhadap amalan terbaik berkaitan akses kepada bahan sensitif," menurut kenyataan itu.
Memorandum berkenaan menyatakan bahawa perubahan struktur terkini dalam NSC menjadikan White House bertanggungjawab mengurus semua komunikasi termasuk hal ehwal keselamatan negara, yang melibatkan pengendalian maklumat sensitif oleh kakitangan komunikasi.
"Bagi melindungi bahan itu dan mengekalkan penyelarasan antara kakitangan Majlis Keselamatan Negara dan kakitangan komunikasi White House, wakil media tidak lagi dibenarkan mengakses Bilik 140 tanpa kelulusan awal melalui janji temu dengan pegawai White House yang diberi kuasa," menurut dokumen itu.
Bagaimanapun, wartawan masih dibenarkan berinteraksi secara bebas dengan pembantu media di kawasan "Lower Press" berhampiran bilik taklimat.
Persatuan Wartawan White House (WHCA) menentang sekatan baharu itu, dengan menyatakan langkah terbabit akan menjejaskan keupayaan wartawan menyoal pegawai, memastikan ketelusan dan tanggungjawab kerajaan.
"Persatuan Wartawan White House menentang sebarang usaha untuk mengehadkan wartawan daripada kawasan dalam operasi komunikasi White House yang sekian lama terbuka untuk pengumpulan maklumat berita, termasuk pejabat setiausaha akhbar," kata Presiden WHCA, Weijia Jiang dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#White House
#wartawan
#Upper Press
#janji temu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan