DUNIA
White House jangka perjanjian TikTok ditandatangani 'dalam beberapa hari lagi'
Leavitt (gambar) berkata, di bawah perjanjian mengenai operasi TikTok di Amerika Syarikat, TikTok akan "dimiliki majoriti rakyat Amerika di Amerika Syarikat". - Gambar fail/AP
WASHINGTON: White House pada Ahad berkata perjanjian mengenai operasi TikTok di Amerika Syarikat dijangka ditandatangani dalam beberapa hari lagi, lapor agensi berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
Jurucakap White House, Karoline Leavitt memberitahu penyiar AS Fox pada Ahad bahawa butiran mengenai masa depan TikTok di Amerika Syarikat "telah pun dipersetujui."
"Sekarang kita hanya perlu menandatangani perjanjian ini dan saya menjangkakan ia akan berlaku dalam beberapa hari akan datang," kata Leavitt.
Syarikat induk TikTok, ByteDance yang berpangkalan di Beijing berdepan ketidaktentuan sejak berbulan lamanya mengenai operasi aplikasinya di AS yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna.
Pegawai AS menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan China boleh mengakses sejumlah besar data peribadi serta menggunakan platform itu bagi mempengaruhi politik.
TikTok dan ByteDance bagaimanapun menolak dakwaan itu.
Leavitt berkata di bawah perjanjian itu, TikTok akan "dimiliki majoriti rakyat Amerika di Amerika Syarikat.
"Akan ada tujuh kerusi lembaga yang mengawal aplikasi itu di AS dan enam daripadanya dipegang rakyat Amerika."
"Data dan privasi akan dikendalikan oleh antara syarikat teknologi terbesar Amerika, Oracle dan algoritma juga akan dikawal oleh pihak AS," katanya lagi.
Di bawah undang-undang yang diluluskan tahun lalu, perniagaan TikTok di AS sepatutnya dijual oleh ByteDance atau ditutup pada 19 Jan.
Trump bagaimanapun memberi lanjutan tarikh pelaksanaan berulang kali selepas mengambil alih jawatan pada Januari, meskipun tiada asas undang-undang untuk berbuat demikian.
Di AS, ByteDance -- dan sekali gus TikTok -- dilihat sebagai syarikat China. Namun, ByteDance menegaskan ia dimiliki 60 peratus pelabur antarabangsa dan berpangkalan di Kepulauan Cayman.
Akhbar Wall Street Journal sebelum ini melaporkan bahawa pelabur AS termasuk Oracle -- yang dimiliki penyokong Trump, Larry Ellison -- serta firma pelaburan Silver Lake dan Andreessen Horowitz dijangka memegang 80 peratus kepentingan dalam subsidiari baharu TikTok di AS, manakala baki 20 peratus dipegang pemegang saham China.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- White House menjangkakan perjanjian mengenai operasi TikTok di Amerika Syarikat ditandatangani dalam beberapa hari, dengan butiran masa depan aplikasi itu sudah dipersetujui.
- Di bawah perjanjian, TikTok akan dimiliki majoriti rakyat Amerika, dengan 6 daripada 7 kerusi lembaga dikawal AS, manakala data, privasi dan algoritma akan diurus oleh syarikat teknologi AS seperti Oracle.
- Pelabur AS dijangka memegang 80% kepentingan dalam subsidiari baharu TikTok di AS, manakala baki 20% dipegang pemegang saham China, sekali gus mengurangkan pengaruh ByteDance dari Beijing.