[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

White House nafi laporan risikan dakwa tapak nuklear Iran tidak musnah

Agensi 24/06/2025 | 23:10 MYT
Leavitt menyifatkan laporan itu sebagai tidak tepat dan mendakwa dokumen penilaian tersebut diklasifikasikan sebagai “rahsia besar negara.”
WASHINGTON: White House menafikan laporan media yang memetik penilaian risikan mendakwa serangan udara Amerika Syarikat terhadap Iran tidak memusnahkan komponen utama program nuklear negara itu.
Terdahulu, CNN melaporkan satu penilaian risikan menyimpulkan bahawa serangan tersebut “tidak memusnahkan komponen teras” dalam program nuklear Iran.
The New York Times turut melaporkan bahawa serangan itu hanya melengahkan kemajuan program berkenaan selama “beberapa bulan sahaja”.
Bagaimanapun, White House menolak laporan berkenaan, sambil mengesahkan kewujudan penilaian tersebut.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt dalam satu kenyataan di media sosial menyifatkan laporan itu sebagai tidak tepat dan mendakwa dokumen penilaian tersebut diklasifikasikan sebagai “rahsia besar negara.”
“Penilaian yang kononnya disebut itu adalah tidak benar sama sekali dan telah diklasifikasikan sebagai ‘top secret’, namun tetap dibocorkan kepada CNN oleh individu tidak dikenali dalam komuniti risikan yang kami anggap sebagai ‘petualang bertaraf bawahan’,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#konflik Israel-Iran #White House #tapak nuklear Iran #serangan AS