awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

White House pertahan terma perkauman digunakan Trump

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2020
23:11 MYT
White House pertahan terma perkauman digunakan Trump
Mcenany menyatakan terma itu adalah respons Trump kepada ancaman berterusan China ke atas tentera AS. - Gambar fail
White House mempertahankan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung penggunaan terma perkauman ke atas COVID-19.
Menurut Setiausaha Akhbar White House, Kayleigh Mcenany dalam perdebatan dengan media ketika sidang akhbar di White House, terma berkenaan hanya merujuk kepada tempat asal virus tersebut iaitu China.
Dalam masa yang sama, Mcenany turut menyatakan terma itu adalah respons Trump kepada ancaman berterusan China ke atas tentera AS.
“Apa yang Trump lakukan adalah menyatakan di mana punca virus tersebut iaitu China.
"Adil untuk ini dilakukan kerana China cuba untuk menulis semula sejarah dan menyalahkan tentera AS sebagai punca COVID-19.
“Ini adalah apa yang China cuba lakukan dan Trump katakan tidak kepada China dan melabelkan virus berkenaan berdasarkan tempat asalnya,” katanya.
Trump sebelum ini menggunakan terma perkauman itu dalam kempen di Tulsa, Oklahoma.
Menurut Mcenany, Trump tidak kesal menggunakan terma itu dan menyalahkan China sebagai punca COVID-19.
Dalam masa yang sama, White House turut menyalahkan media yang kerap melaporkan kes tinggi di AS.
Mcenany cuba menjelaskan AS mempunyai lebih banyak kes positif kerana lebih banyak saringan diadakan dan ini selalu disalah tafsir media.
“Ini adalah respons kepada gesaan Trump yang White House sifatkan sebagai satu seloroh, agar jumlah saringan dikurangkan untuk merendahkan angka positif COVID-19 ketika berkempen di Oklahoma,” jelasnya.
Menurut trump sebelum ini, jumlah saringan yang tinggi mengakibatkan lebih banyak kes positif dicatatkan dan ini menjejaskan rekodnya sebagai presiden dalam pengurusan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#COVID-19
#Donald Trump
#Kayleigh Mcenany
#kes positif
#koronavirus
#Oklahoma
#terma perkauman
#Tulsa
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan