DUNIA
White House pertahan Trump panggil wartawan 'piggy'
Jurucakap White House menyatakan rakyat AS memilih semula Trump kerana sikap keterbukaannya, sambil menegur wartawan agar menghargai jawapan presiden. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: White House pada Khamis mempertahankan Presiden Donald Trump selepas beliau memanggil seorang wartawan wanita sebagai “piggy” ketika ditanya mengenai mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein, dengan menyatakan bahawa kenyataan itu mencerminkan keterbukaan dan ketelusannya.
Ringkasan AI
Insiden itu berlaku minggu lalu dalam pesawat Air Force One dan telah tular di media sosial.
Trump dilaporkan menunduk ke arah wartawan berkenaan, mengacukan jari dan berkata, “Diam, piggy,” ketika ditanya mengenai e-mel Epstein yang baru didedahkan, di mana jutawan itu mendakwa Trump “tahu tentang gadis-gadis tersebut.”
Jurucakap White House, Karoline Leavitt, berkata pada Khamis bahawa rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih semula Trump kerana sikap berterus-terangnya, dan wartawan seharusnya menghargai keterbukaannya dalam menjawab soalan.
“Beliau menegur berita palsu apabila melihatnya dan kecewa dengan wartawan yang menyebarkan maklumat tidak benar,” kata Leavitt dalam taklimat media, tanpa mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.
“Namun beliau juga memberikan akses luar biasa kepada media dan menjawab soalan hampir setiap hari.”
Pada Selasa, di Oval Office, Trump sekali lagi mencetus kontroversi apabila memanggil seorang lagi wartawan wanita sebagai “seorang yang teruk” selepas beliau bertanya kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dan bertanya mengapa fail Epstein masih belum didedahkan.
Trump telah menandatangani undang-undang pada Rabu yang mengarahkan Jabatan Kehakiman untuk mendedahkan dokumen siasatan berkaitan Epstein, selepas sebelum ini enggan berbuat demikian.
Persatuan Wartawan Profesional (SPJ) mengeluarkan kenyataan minggu ini mengecam bahasa menghina yang digunakan oleh Trump terhadap wartawan wanita, sambil menyorot sejarah beliau menggunakan kata-kata merendahkan untuk mengaibkan golongan wanita.
“Tiada siapa menjangka presiden menjadi peminat wartawan,” kata Pengarah Eksekutif SPJ, Caroline Hendrie.
“Namun, tindakan menghina wartawan wanita secara terbuka tidak seharusnya diterima.”
Ringkasan AI
- White House mempertahankan Presiden Trump selepas dia memanggil seorang wartawan wanita sebagai "piggy" ketika ditanya mengenai Jeffrey Epstein.
- Jurucakap White House menyatakan rakyat AS memilih semula Trump kerana sikap keterbukaannya, sambil menegur wartawan agar menghargai jawapan presiden.
- Persatuan Wartawan Profesional mengecam penggunaan bahasa menghina Trump terhadap wartawan wanita, menyoroti sejarah perkataan merendahkan yang digunakan oleh beliau.