awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump

Bernama
Bernama
26/11/2024
02:40 MYT
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
Biden ketika mengadakan pertemuan bersama Trump di White House. - Foto REUTERS
WASHINGTON: White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan, sekali gus memulihkan tradisi demokratik penting yang diabaikan bakal presiden itu sebelum ini, lapor Agensi Anadolu.
"Presiden (Biden) berjanji untuk menghadiri majlis pelantikan sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya. Beliau dan Wanita Pertama akan menunaikan janji itu dan menghadiri majlis pelantikan berkenaan.
"Beliau melihat langkah ini sebagai satu demonstrasi penting dalam menegakkan nilai demokratik dan menghormati kehendak rakyat, sambil memastikan peralihan kuasa yang teratur dan berkesan," kata jurucakap Andy Bates kepada wartawan.
Trump sebelum ini tidak menghadiri majlis pelantikan Biden pada 2021, sambil terus membuat dakwaan tidak berasas bahawa keputusan pilihan raya 2020 telah dimanipulasi, meskipun tiada bukti kukuh dan telah ditolak berkali-kali oleh mahkamah.
Trump juga tidak menjemput Biden ke White House selepas kekalahannya dalam pilihan raya.
Biden memulihkan tradisi itu awal bulan ini apabila beliau menerima kunjungan Trump di White House untuk perbincangan, ketika presiden dan pegawai kanannya berikrar untuk memastikan "peralihan kuasa yang lancar".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Joe Biden
#White House
#Majlis Pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan