awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

White House: Tarif Trump "sah" di sisi undang-undang

Bernama
Bernama
30/05/2025
03:40 MYT
White House: Tarif Trump "sah" di sisi undang-undang
White House mempertahankan tarif global meluas yang dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump sebagai "sah di sisi undang-undang." - Gambar fail
WASHINGTON: White House pada Khamis mempertahankan tarif global meluas yang dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump sebagai "sah di sisi undang-undang" selepas panel tiga hakim sebulat suara memutuskan bahawa beliau telah melampaui kuasanya apabila mengisytiharkan darurat untuk melaksanakan tarif perdagangan global.
Kekalahan undang-undang itu disusuli satu lagi keputusan mahkamah beberapa jam kemudian pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap Karoline Leavitt berkata, hakim yang mengeluarkan keputusan pertama "menyalahgunakan kuasa kehakiman mereka secara terang-terangan" apabila membatalkan tarif berkenaan.
Menurut Leavitt, para hakim itu "gagal mengakui bahawa Presiden Amerika Syarikat mempunyai kuasa teras dalam hal ehwal luar negara serta kuasa yang diberikan oleh Kongres untuk melindungi ekonomi dan keselamatan negara."
"Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan barangan setiap tahun sejak 1975. Pada 2024, defisit perdagangan barangan kami melebihi US$1 trilion. Semua orang bersetuju bahawa keadaan ini tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita.
"Rasional presiden untuk mengenakan tarif yang tegas ini adalah sah di sisi undang-undang dan berasaskan pertimbangan yang munasabah. Presiden Trump percaya bahawa Amerika tidak boleh berfungsi dengan selamat dalam jangka panjang jika kita gagal meningkatkan kapasiti pembuatan domestik yang maju," tambahnya.
Panel tiga hakim mahkamah perdagangan pada Rabu memutuskan bahawa Trump tidak mempunyai kuasa sewajarnya di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA) untuk melaksanakan tarif global pada 2 April, apabila beliau mengenakan duti import yang tinggi ke atas negara-negara di seluruh dunia.
Trump merujuk kepada IEEPA ketika memulakan pelaksanaan tarif berkenaan, menyatakan tindakannya bertujuan menangani penyeludupan fentanyl ke Amerika Syarikat dan membetulkan ketidakseimbangan perdagangan.
Pentadbiran Trump telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, namun satu lagi keputusan pada Khamis oleh Hakim Daerah Amerika Syarikat, Rudolph Contreras, turut menyekat tarif berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#White House
#tarif Trump
#undang-udang Amerika Syarikat
#Donald Trump
#tarif perdagangan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan