awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro Shaw intai kerjasama dengan Sofyank, Nicholas Chin, Kudrat pembuka ASCU
Kenderaan tidak dibenarkan masuk, di parkir di kawasan Empangan Sultan Azlan Shah
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO anggar pemulihan sistem kesihatan gaza bernilai US$7 bilion

Bernama
Bernama
24/10/2025
08:19 MYT
WHO anggar pemulihan sistem kesihatan gaza bernilai US$7 bilion
Tedros turut menggesa negara lain supaya lebih proaktif menerima pesakit dari Gaza untuk rawatan. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Pembinaan semula sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dijangka menelan kos sekurang-kurangnya US$7 bilion, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Beliau berkata tiada sebuah hospital pun di Gaza yang beroperasi sepenuhnya dan hanya 14 buah masih berfungsi.
Keadaan di wilayah itu amat kritikal dengan kekurangan ubat-ubatan, peralatan dan tenaga kerja perubatan.
Tedros turut menggesa negara lain supaya lebih proaktif menerima pesakit dari Gaza untuk rawatan.
Menurut WHO, kira-kira 15,000 orang masih memerlukan pemindahan perubatan termasuk 4,000 kanak-kanak, sementara 700 pesakit dilaporkan meninggal dunia ketika menunggu untuk dipindahkan.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini memperkenalkan pelan damai Gaza yang mengandungi 20 perkara pada 29 Sept lalu.
Pelan itu menyeru gencatan senjata segera dengan syarat semua tawanan dibebaskan dalam tempoh 72 jam.
Ia juga mencadangkan agar Hamas atau mana-mana kumpulan bersenjata Palestin tidak terlibat dalam pentadbiran Gaza, yang akan dikawal oleh jawatankuasa teknokrat di bawah seliaan badan antarabangsa diketuai Trump.
Trump bersama Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menandatangani deklarasi gencatan senjata Gaza.
Hamas kemudiannya membebaskan kesemua 20 tawanan yang masih hidup sejak 7 Oktober 2023, manakala Israel membebaskan 1,718 tahanan dari Gaza serta 250 banduan Palestin di penjaranya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#sistem kesihatan
#kos pemulihan
#Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan