WHO berang, Zionis terus serang hospital di Gaza

Astro Awani
Disember 18, 2023 23:15 MYT
Orang ramai memeriksa kemusnahan pada Hospital Kamal Adwan yang diserang tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kemusnahan yang berlaku di Hospital Kamal Adwan, Gaza yang menyaksikan sekurang-kurangnya lapan pesakit meninggal dunia.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, antara mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Kenyataannya itu dikeluarkan ketika tentera Israel keluar dari hospital selepas operasi selama beberapa hari kerana mendakwa bangunan hospital itu digunakan sebagai pusat kawalan dan arahan pejuang Hamas.
Bagaimanapun, Hamas berulang kali menafikan dakwaan berkenaan.
Dalam ciapannya di platform X, Tedros berkata pihaknya terkejut dengan kemusnahan yang berlaku di hospital berkenaan sehingga ia tidak lagi boleh beroperasi.

.@WHO is appalled by the effective destruction of Kamal Adwan hospital in northern #Gaza over the last several days, rendering it non-functional and resulting in the death of at least 8 patients. Many health workers were reportedly detained, and WHO and partners are urgently

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) December 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, kenyataan Tedros itu mendapat kecaman Israel kerana ketua WHO tersebut tidak menyebut mengenai ‘kubu Hamas di hospital’ dalam laporannya.
Israel berkata, sebelum memasuki hospital, pihaknya sudah berunding untuk memindahkan pesakit di kebanyakan hospital.
#WHO #Israel #Gaza #Hospital Kamal Adwan