awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO beri amaran penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia

Bernama
Bernama
13/07/2023
04:20 MYT
WHO beri amaran penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia
Wabak influenza atau selesema burung telah menyebabkan kemusnahan dalam populasi haiwan, termasuk ayam itik, burung liar dan beberapa mamalia. - Gambar fail/ AP
MOSCOW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia, lapor Sputnik.
"Wabak semasa influenza atau selesema burung telah menyebabkan kemusnahan dalam populasi haiwan, termasuk ayam itik, burung liar dan beberapa mamalia, selain menjejaskan mata pencarian petani dan perdagangan makanan.
"Walaupun sebahagian besarnya menjejaskan haiwan, namun penularan wabak itu turut mendatangkan risiko ke atas manusia," kata WHO dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada masa yang sama, pengarah Kesiapsiagaan dan Pencegahan Epidemik dan Pandemik WHO, Sylvie Briand berkata walaupun virus itu tidak dapat menular daripada seseorang kepada orang lain dengan mudah, orang ramai perlu terus berwaspada dan mengenal pasti sebarang evolusi dalam virus yang boleh menjadikannya berbahaya kepada manusia.
WHO turut menggesa semua negara supaya meningkatkan pengawasan ke atas penyakit itu dengan melaporkan kes secepat mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selesema burung
#WHO
#risiko kepada manusia
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan