DUNIA
WHO beri amaran sistem kesihatan Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya
WHO dalam satu hantaran di X pada Rabu malam memaklumkan tiada penghantaran bahan api masuk ke Gaza sejak lebih 120 hari lalu. - AP
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya tanpa bekalan bahan api, dan menggesa kemasukan segera bahan api ke wilayah itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
WHO dalam satu hantaran di X pada Rabu malam memaklumkan tiada penghantaran bahan api masuk ke Gaza sejak lebih 120 hari lalu.
"Keadaan ini telah melumpuhkan operasi kemanusiaan, termasuk sokongan kepada sektor kesihatan, dan mendorong hospital ke ambang keruntuhan," menurut organisasi PBB itu.
WHO menegaskan tanpa bahan api, sistem kesihatan di Gaza berisiko mengalami "lumpuh sepenuhnya" dan menggesa kemasukan segera bahan api ke wilayah tersebut.
Seramai 80 orang, termasuk 15 individu yang kelaparan, terbunuh manakala puluhan lagi cedera pada Rabu akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, termasuk tembakan dan pengeboman.
Serangan ini berlaku ketika situasi kemanusiaan di Gaza berada pada tahap kritikal akibat tindakan genosid oleh Israel. Jumlah korban akibat pencerobohan tentera pendudukan Israel di Gaza kini meningkat kepada 57,012 orang dengan 134,592 lagi cedera, menurut statistik terkini.
Sumber perubatan dan saksi memaklumkan serangan Israel menyasarkan kediaman dan orang ramai yang sedang menunggu bantuan, menyebabkan kematian dan kecederaan ke atas puluhan penduduk di bahagian utara, tengah dan selatan Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA