awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO bimbang amaran kosongkan Hospital Al-Quds

Bernama
Bernama
21/10/2023
09:45 MYT
WHO bimbang amaran kosongkan Hospital Al-Quds
Tedros berkata, WHO telah tegaskan berulang kali, mustahil untuk petugas di hospital yang sesak itu mampu untuk memindahkan pesakit dengan selamat. - Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu menyuarakan kebimbangan terhadap amaran Israel supaya mengosongkan Hospital Al-Quds yang terletak di utara Semenanjung Gaza.
"Selain menempatkan pesakit dan petugas kesihatan, ratusan lagi yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang berlindung di kawasan hospital itu...," kata WHO menerusi catatan di X, lapor Agensi Berita WAFA.
Selain itu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus turut melahirkan kebimbangan beliau mengenai ancaman Israel itu, menerusi catatan di akaun X beliau.
"Seperti yang WHO telah tegaskan berulang kali, mustahil untuk petugas di hospital yang sesak itu mampu untuk memindahkan pesakit dengan selamat.
"Mereka (petugas) mesti dibenarkan melaksanakan fungsi mereka untuk menyelamatkan nyawa. Mereka mesti dilindungi, " tegas beliau.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Palestin
#Hospital Al-Quds
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan