DUNIA
WHO hadapi pemotongan besar belanjawan kecemasan, prospek suram 2026
WHO menerima pengurangan pembiayaan sebanyak 40 peratus bagi operasi kecemasan kemanusiaan global berbanding tahun sebelumnya. - Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pengurangan besar dalam belanjawan kecemasan kemanusiaannya bagi 2025, dengan prospek yang "suram" untuk 2026, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ketua Tindakan Kemanusiaan dan Respons Bencana WHO, Teresa Zakaria berkata organisasi itu menerima pengurangan pembiayaan sebanyak 40 peratus bagi operasi kecemasan kemanusiaan global berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata lebih 300 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, memaksa WHO membuat keputusan sukar dalam memilih siapa yang perlu diberi keutamaan.
WHO kini memberi tumpuan kepada golongan paling terjejas dalam situasi paling kritikal.
Amerika Syarikat (AS) secara tradisinya merupakan penderma terbesar dunia.
Bagaimanapun, sejak Presiden AS Donald Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari, negara itu telah mengurangkan bantuan antarabangsanya secara mendadak.
Penderma bantuan antarabangsa utama yang lain juga telah mengetatkan perbelanjaan mereka. Akibatnya, lebih 5,600 kemudahan penjagaan kesihatan di seluruh dunia terpaksa mengurangkan perkhidmatan, manakala lebih 2,000 lagi menggantung operasi.
Pemotongan itu secara langsung telah menjejaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan bagi 53 juta orang di seluruh dunia.
Zakaria berkata negara seperti Republik Demokratik Congo, Sudan dan Haiti menyaksikan peningkatan kadar kematian ibu serta kekurangan zat makanan, menunjukkan keadaan yang semakin meruncing.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan terhadap kesan keadaan itu terhadap negara berpendapatan rendah.
Beliau turut menyatakan bahawa banyak negara kini menyedari keadaan itu dan menekankan keperluan untuk menggembleng sumber dalam negara bagi membiayai sistem kesihatan mereka, termasuk untuk kecemasan kesihatan.
-- BERNAMA