awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO isytihar Kenya bebas penyakit tidur

Bernama
Bernama
09/08/2025
11:02 MYT
WHO isytihar Kenya bebas penyakit tidur
WHO berkata, Kenya kini menyertai semakin banyak negara yang membebaskan rakyat mereka daripada penyakit 'human African trypanosomiasis'. - Reuters
NAIROBI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengesahkan Kenya telah menghapuskan penyakit human African trypanosomiasis atau dikenali sebagai penyakit tidur sebagai cabaran kesihatan awam, menjadikan negara itu sebagai negara ke-10 mencapai pencapaian penting ini.
"Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Kenya atas pencapaian bersejarah ini," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi, ibu negara Kenya.
"Kenya kini menyertai semakin banyak negara yang membebaskan rakyat mereka daripada penyakit human African trypanosomiasis. Ini adalah satu lagi langkah ke arah menjadikan Afrika bebas daripada penyakit tropika terabai," tambah Tedros.
Human African trypanosomiasis merupakan penyakit tropika terabai kedua yang dihapuskan di Kenya, selepas negara itu disahkan bebas penyakit cacing Guinea pada 2018.
Menurut WHO, penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa yang disebarkan melalui lalat tsetse yang dijangkiti. Antara simptomnya termasuk demam, sakit kepala, sakit sendi, dan pada peringkat lanjut, gejala neurologi seperti kekeliruan, gangguan corak tidur dan perubahan tingkah laku.
Menteri Kesihatan Kenya Aden Duale, berkata pengiktirafan WHO terhadap penghapusan penyakit tidur menandakan langkah bersejarah dalam meningkatkan keselamatan kesihatan awam negara itu sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi.
Kenya mengesan kes pertama penyakit tidur pada awal abad ke-20 dan sejak itu melaksanakan langkah mitigasi yang menyeluruh. Dua kes terakhir yang dibawa dari luar dikesan pada 2012 di Rizab Negara Maasai Mara yang terkenal di dunia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kenya meningkatkan pemantauan penyakit tidur di 12 fasiliti kesihatan di enam daerah yang pernah menjadi kawasan endemik, yang berfungsi sebagai tapak peninjau. Usaha ini dilengkapi dengan penggunaan alat diagnostik moden dan latihan kepada petugas kesihatan bagi mencegah penularan baharu.
Wakil WHO di Kenya, Abdourahmane Diallo, berkata kepimpinan berwawasan dan kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam mempercepatkan kemajuan ke arah penghapusan penyakit tidur di negara Afrika Timur itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyakit tidur
#WHO
#Kenya
#Human African trypanosomiasis
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan