KINSHASA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan wabak Ebola terbaharu di Uganda tamat selepas negara itu tidak melaporkan sebarang kes baharu yang disahkan selama 42 hari berturut-turut.
Pakar WHO, Marie Roseline Belizaire berkata demikian semasa taklimat secara dalam talian oleh Pejabat Serantau WHO bagi Afrika sempena 42 hari sejak pesakit terakhir yang disahkan dijangkiti Ebola dibenarkan keluar dari hospital.
Pada 28 Julai, Kementerian Kesihatan Uganda mengisytiharkan wabak Ebola tamat dengan memaklumkan bahawa kemajuan dalam siasatan epidemiologi serta ciri-ciri wabak yang telah dikenal pasti sepenuhnya memberikan bukti saintifik yang mencukupi bahawa penularan telah terputus.
Uganda mengisytiharkan wabak itu pada 15 Mei lepas selepas mengesahkan satu kes Ebola import dari Republik Demokratik Congo.
Negara itu merekodkan 20 kes yang disahkan, termasuk 18 pesakit sembuh dan dua kematian.
-- BERNAMA-XINHUA