awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2022
03:50 MYT
WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
WHO akan memanggil mesyuarat tergempar minggu depan bagi menilai sama ada penularan cacar monyet ketika ini mewakili kecemasan kesihatan awam atau kebimbangan antarabangsa. -WHO
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memanggil mesyuarat tergempar minggu depan bagi menilai sama ada penularan cacar monyet ketika ini mewakili kecemasan kesihatan awam atau kebimbangan antarabangsa.
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.
Pengisytiharan itu adalah peringkat amaran tertinggi bagi agensi berkenaan.
Ketika ini ia dibuat bagi pandemik COVID-19 dan polio.
Cacar monyet merupakan endemik di beberapa negara di benua Afrika. Namun kini ia dikesan di negara yang bukan endemik.
Virus berkenaan menyebabkan simptom seperti selesema dan lepuh di kulit, menular menerusi kontak rapat.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus memaklumkan sudah tiba masa untuk mempertimbangkan meningkatkan tindak balas terhadap penularan cacar monyet.
Ini kerana ia merebak dalam keadaan bukan kelaziman, dengan lebih banyak negara melaporkan kes jangkitan.
Pakar sebelum ini mendesak WHO mengambil tindakan lebih cepat selepas agensi itu dikritik kerana didakwa lambat bertindak dalam isu penularan cacar monyet.
Selain COVID-19 dan polio, penularan wabak lain yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam ialah ebola pada 2014.
Pengisytiharan WHO akan membantu mempercepatkan kajian dan dana untuk mengawal wabak tersebut.
Beberapa negara sudah memulakan program vaksinasi bagi cacar monyet.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#WHO
#Ebola
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan