WHO rekod 72 serangan sasar kemudahan kesihatan Ukraine - Guterres

Bernama
Mac 28, 2022 03:51 MYT
Rusia berulang kali menuduh pasukan separa tentera Ukraine menggunakan infrastruktur awam untuk menyerang kedudukannya termasuk menjadikan hospital sebagai lokasi strategik melepaskan tembakan. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan sebanyak 72 serangan mensasarkan institusi penjagaan kesihatan yang menyebabkan 71 kematian sejak operasi ketenteraan Rusia di Ukraine bermula, kata setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad.
"Hak untuk penjagaan kesihatan mesti dilindungi," kata Antonio Guterres menerusi media sosial, lapor Sputnik.
Rusia berulang kali menuduh pasukan separa tentera Ukraine menggunakan infrastruktur awam untuk menyerang kedudukan tentera Rusia, termasuk menjadikan hospital dan bangunan kediaman sebagai lokasi strategik melepaskan tembakan.
-- BERNAMA
#Rusia #Ukraine #WHO #tembakan #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Antonio Guterres