awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO sasar akhiri wabak meningitis menjelang 2030

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2021
23:56 MYT
WHO sasar akhiri wabak meningitis menjelang 2030
WHO sasar untuk mengakhiri wabak meningitis menjelang tahun 2030. -Gambar fail
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sasar untuk mengakhiri wabak meningitis menjelang tahun 2030.
Agensi kesihatan itu berkata sasaran boleh dicapai melalui peningkatan kesedaran dan akses kepada rawatan serta diagnosis.
Rancangan di peringkat global itu dilancarkan oleh agensi PBB pada Selasa bagi memerangi penyakit radang di otak dan urat saraf tunjang.
Program yang dipimpin WHO ini juga bertujuan mengurangkan kadar kematian akibat meningitis sebanyak 70 peratus dan mengurangkan separuh kes keseluruhan.
Penyakit ini paling kerap dijumpai di lebih daripada 20 negara di Afrika.
Sekiranya tidak dirawat, bakteria meningitis boleh menyebabkan wabak yang merebak dengan cepat - boleh membunuh satu daripada 10 orang yang dijangkiti.
Manakala lima daripadanya dalam keadaan kronik dengan kehilangan pendengaran, penglihatan dan kerosakan pada otak.
Meskipun semua lapisan umur boleh dijangkiti wabak tersebut, kebiasaannya ia lebih menjangkiti bayi, kanak-kanak dan golongan muda.
Penyakit itu disebarkan menerusi titisan pernafasan atau rongga tekak daripada pesakit yang dijangkiti.
Ia boleh menjangkiti individu lain yang mempunyai kontak berterusan serta berada dalam jarak dekat dengan pesakit.
Topic Berkaitan
#PBB
#WHO
#meningitis
#radang otak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan