awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO vaksin lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza dalam tempoh 8 hari

Bernama
Bernama
20/11/2025
12:37 MYT
WHO vaksin lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza dalam tempoh 8 hari
Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, fasa kedua dan ketiga kempen imunisasi itu dirancang untuk bulan depan dan seterusnya Januari 2026. - AP
ISTANBUL: Lebih seminggu selepas kempen imunisasi dilancarkan di Gaza, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memvaksin lebih 10,000 kanak-kanak, kata ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"WHO dan rakan-rakan telah memvaksin lebih 10,000 kanak-kanak berusia bawah tiga tahun di Gaza dalam lapan hari pertama kempen pelalian yang dilancarkan pada 9 Nov dan kini dilanjutkan sehingga Sabtu ini," tulis Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform media sosialnya X.
Beliau berkata kempen itu menyasarkan lebih 40,000 kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada campak, beguk, rubela, difteria, tetanus, batuk kokol, hepatitis B, tuberkulosis, polio, rotavirus dan radang paru-paru.
Tedros menambah bahawa fasa kedua dan ketiga kempen itu dirancang untuk bulan depan dan seterusnya Januari 2026.
"Saya berasa lega kerana gencatan senjata terus dipatuhi, yang membolehkan WHO dan rakan-rakan meningkatkan perkhidmatan kesihatan penting di seluruh Gaza serta menyokong usaha melengkapkan semula dan membina semula sistem kesihatan yang musnah," katanya.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengakibatkan hampir 70,000 orang terbunuh di Gaza - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - lebih 170,000 cedera, dan kebanyakan wilayah itu musnah sama sekali.
Dalam tempoh dua tahun berkenaan, serangan Israel turut menyasarkan kemudahan kesihatan, hospital dan petugas perubatan - yang berkemungkinan merupakan jenayah perang - serta memutuskan bekalan ubat dan peralatan perubatan, menyebabkan jutaan rakyat Palestin tidak dapat merawat penyakit dan kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen imunisasi
#vaksin
#Kanak-kanak
#Gaza
#penyakit
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan