Skip to main content

Dunia

Wilayah Tarlac di Filipina diisytihar darurat bencana susulan hujan lebat

Sumber: FB Christian Yap
Keadaan di sekitar Tarlac susulan banjir yang melanda, 30 Ogos 2026. - Foto media sosial Christian Yap
Advertisement

MANILA: Wilayah Tarlac di kawasan Luzon Tengah, Filipina, diisytiharkan dalam keadaan darurat bencana susulan hujan lebat berterusan dan banjir meluas yang berpunca daripada monsun barat daya, kata Gabenor Christian Yap pada Ahad, lapor Xinhua.

Pengisytiharan itu membolehkan pihak berkuasa tempatan mengakses dana kecemasan dan mempercepatkan usaha bantuan kepada komuniti yang terjejas.

Filipina berdepan hujan berpanjangan sejak Ogos, didorong oleh siklon tropika dan monsun barat daya.

 

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement