awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Willow Smith tidak terkesan dengan insiden bapanya tampar Chris Rock

Agensi
Agensi
10/08/2022
04:30 MYT
Willow Smith tidak terkesan dengan insiden bapanya tampar Chris Rock
Willow Smith mengakui dia tidak langsung terganggu dengan tumpuan media terhadap keluarganya terutamanya selepas bapanya menampar Chris Rock pada Anugerah Akademi 2022.
WILLOW Smith, anak kepada aktor popular Will Smith mengakui dia tidak langsung terganggu dengan tumpuan media terhadap keluarganya terutamanya selepas bapanya menampar Chris Rock pada Anugerah Oscar 2022.
Memetik laporan CNN, Willow berkata dia berasa sedemikian kerana dia melihat keluarganya sebagai manusia biasa.
Penyanyi berusia 21 tahun dan calon Emmy itu menceritakan perkara tersebut dalam temu bual dengan Billboard yang diterbitkan pada Jumaat lepas.
Tegasnya, insiden itu tidak langsung menjejaskan kreativitinya.
“Saya melihat seluruh keluarga saya sebagai manusia dan saya menyayangi, menerima segala sifat kemanusiaan mereka,” katanya dalam temu bual tersebut.
Pada Mac lepas, Will Smith menampar pengacara Rock selepas pelawak itu membuat jenaka tentang kepala isterinya, Jada Pinkett Smith yang dicukur ketika dia menyampaikan Anugerah Akademi untuk dokumentari terbaik.
Kenyataan Akademi | Will Smith dilarang hadiri Oscar selama 10 tahun
Pinkett Smith menghidap alopecia yang mengakibatkan keguguran rambut sejak beberapa tahun lepas.
Selepas insiden itu, Smith, 53, telah meletak jawatan daripada Akademi yang turut melarangnya daripada menyertai pertunjukan anugerah itu selama 10 tahun.
Bulan lalu, Smith berkata dia sangat menyesal dengan tindakannya dalam video yang disiarkan dalam akaun Instagramnya yang rasmi.
BACA: "Maafkan saya, tindakan saya tidak boleh diterima" - Will Smith minta maaf secara terbuka kepada Chris Rock
Topic Berkaitan
#Will Smith
#Chris Rock
#Anugerah Oscar
#tampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan