DUNIA
Wira sejagat Ahmed seru dukungi nilai kemanusiaan susulan insiden tembakan di Australia
Zachery Dereniowski, menyerahkan cek berjumlah US$1.65 juta hasil sumbangan orang ramai melalui GoFundMe kepada Ahmed pada Khamis. - Gambar @mdmotivator via TikTok/via Reuters
ISTANBUL: Wira sejagat, Ahmed Al Ahmed menyeru semua pihak agar "melupakan segala perkara buruk" dan mendukung nilai kemanusiaan susulan insiden tembakan di Pantai Bondi, Australia, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ringkasan AI
"Salinglah membantu antara satu sama lain, sesama manusia," kata Ahmed dalam pesanan kepada masyarakat dunia yang telah menyumbang kira-kira 2.5 juta dolar Australia (US$1.65 juta) kepadanya. "Dan lupakanlah segala perkara buruk (di masa lalu)."
Ahmed menjadi tajuk utama berita global dan memenangi hati masyarakat dunia atas keberaniannya menerkam seorang daripada dua penembak dalam kejadian Ahad lepas di Pantai Bondi, Sydney - bandar terbesar di Australia dan ibu negeri New South Wales.
Seramai 15 orang terbunuh dalam serangan itu. Seorang daripada penembak maut ditembak, manakala seorang lagi cedera parah dan kini sedang dirawat di hospital.
Tindakan Ahmed dipuji kerana berjaya menyelamatkan banyak nyawa, malah Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan lelaki kelahiran Syria itu sebagai "yang terbaik di negara ini."
Ahmed yang berpindah ke Australia pada 2006 dan mempunyai dua anak perempuan, mengalami empat hingga lima kesan tembakan di bahu kiri dan sedang menerima rawatan di Hospital St. George, Sydney.
Personaliti media sosial Kanada, Zachery Dereniowski, menyerahkan cek berjumlah US$1.65 juta hasil sumbangan orang ramai melalui GoFundMe kepada Ahmed pada Khamis, menurut video pertemuan mereka yang dikongsi di Instagram.
"(Adakah) saya layak menerimanya?" tanya Ahmed kepada Dereniowski, yang juga dikenali sebagai MDMotivator. "Setiap sen daripadanya (adalah layak buat anda)," tegas Dereniowski.
Kira-kira 43,000 orang telah menyumbang bagi menyokong Ahmed dan keluarganya.
"Teruskan usaha menyelamatkan nyawa. Apabila saya menyelamatkan orang ramai, saya melakukannya dengan ikhlas daripada hati. Semua orang gembira dan mereka berhak untuk menikmati kehidupan. Itu hak mereka," kata Ahmed, 43, yang turut menyifatkan Australia sebagai "negara terbaik di dunia."
Menurut GoFundMe, halaman sumbangan untuk Ahmed menerima "curahan kasih sayang yang luar biasa susulan tindakan heroiknya di Pantai Bondi."
"Anda adalah wira sejati," kata Dereniowski kepada Ahmed yang sedang dalam proses pemulihan di katil hospital.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ahmed Al Ahmed menyeru semua untuk mendukung nilai kemanusiaan dan melupakan perkara buruk susulan insiden tembakan di Pantai Bondi, Australia.
- Ahmed dipuji sebagai wira sejati kerana berjaya menyelamatkan nyawa dalam kejadian yang mengorbankan 15 orang, menyebabkan seorang penembak ditembak mati dan seorang lagi cedera parah.
- Sumbangan sebanyak US$1.65 juta telah dikumpulkan melalui GoFundMe bagi menyokong Ahmed dan keluarganya yang menerima pujian dan sokongan meluas dari masyarakat dunia.