DUNIA
Wisma Putra sahkan pembebasan 9 rakyat Malaysia ditahan Israel
Wisma Putra berkata kesemua mereka telah dibawa keluar dari Israel melalui penerbangan Turkish Airlines TK6921, dan telah selamat tiba di Istanbul, Türkiye, pada jam 2.30 petang (waktu tempatan) atau 7.30 malam (waktu Malaysia). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengesahkan bahawa kesemua sembilan warganegara Malaysia, yang mengambil bahagian dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), telah dibebaskan pada Jumaat (10 Oktober).
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata kesemua mereka telah dibawa keluar dari Israel melalui penerbangan Turkish Airlines TK6921, dan telah selamat tiba di Istanbul, Türkiye, pada jam 2.30 petang (waktu tempatan) atau 7.30 malam (waktu Malaysia).
Ujar kenyataan itu lagi, mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan perubatan di Istanbul sebelum kembali ke Malaysia dalam masa beberapa hari akan datang.
Wisma Putra turut merakamkan penghargaan mendalam kepada Kerajaan Turkiye dan rakan-rakan kerjasama yang lain atas bantuan dan sokongan penting mereka yang telah membawa kepada pembebasan dan penghantaran pulang kesemua warganegara Malaysia dengan pantas.
Jelas kenyataan itu, keselamatan dan kebajikan semua warganegara Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan Malaysia.
Terdahulu, misi kemanusiaan FFC dan TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara itu, yang menaiki sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad dipintas tentera Zionis pada Rabu (8 Oktober) ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.
Lapan rakyat Malaysia berada di atas Conscience manakala seorang lagi di atas Umm Saad.
Antara yang ditahan termasuk wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.