awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

World Central Kitchen kehabisan bekalan makanan di Gaza

Bernama
Bernama
08/05/2025
03:45 MYT
World Central Kitchen kehabisan bekalan makanan di Gaza
WCK sebelum ini menyediakan makanan kepada ratusan ribu penduduk Gaza setiap hari dan terus membantu rakyat Palestin dengan mengedarkan air minuman. - Foto X/@WCKitchen
JAFFA: Pertubuhan bantuan Amerika Syarikat, World Central Kitchen (WCK) pada Rabu memaklumkan pihaknya tidak lagi dapat menyediakan makanan kepada penduduk di Semenanjung Gaza berikutan sekatan Israel terhadap penghantaran bantuan.
"Selepas menghidangkan lebih 130 juta makanan dan 26 juta buku roti dalam tempoh 18 bulan lalu, World Central Kitchen kini tidak mempunyai bekalan untuk menyediakan makanan atau membakar roti di Gaza," menurut kenyataan organisasi itu.
Sejak awal Mac, Israel menyekat kesemua penghantaran bantuan ke wilayah pesisir yang dihuni kira-kira dua juta rakyat Palestin.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan ribu penduduk di Gaza kini menghadapi kekurangan makanan.
WCK memaklumkan bahawa bekalan makanan kini tidak dapat ditambah disebabkan sekatan itu, manakala dapur medan mereka kehabisan bahan mentah.
"Trak kami yang dipenuhi makanan dan bekalan sedia menunggu di Mesir, Jordan dan tanah jajahan Israel untuk memasuki Gaza.
"Tetapi mereka tidak boleh bergerak tanpa kebenaran. Bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan masuk," kata pengasas WCK, Jose Andres.
Menurut WCK, organisasi itu sebelum ini menyediakan makanan kepada ratusan ribu penduduk Gaza setiap hari dan terus membantu rakyat Palestin dengan mengedarkan air minuman.
Program Makanan Sedunia (WFP) turut melaporkan pada penghujung April lalu bahawa bekalan makanannya di Gaza sudah kehabisan.
Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan bahawa pihaknya juga kehabisan bekalan tepung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WCK
#Gaza
#makanan
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami