awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil
Hujan lebat cetus kerosakan teruk di Pulau Utara, New Zealand
Jawatankuasa Kongres AS undi tahan Clinton, isteri dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xi, Marcos Jr adakan pertemuan empat mata

Bernama
Bernama
05/01/2023
23:01 MYT
Xi, Marcos Jr adakan pertemuan empat mata
Marcos Jr (dua, kiri) dan isteri Liza Araneta Marcos bergambar bersama Xi Jinping dan isteri Peng Li Yuan ketika majlis sambutan rasmi di Great Hall of the People di Beijing, China, 4 Jan 2023. - REUTERS
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping pada Rabu mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China.
Xi berkata China sentiasa memandang hubungan dengan Filipina dari sudut strategik dan secara menyeluruh.
China bersedia mengekalkan interaksi strategik dan membuat rancangan menyeluruh melibatkan perkembangan hubungan bilateral bagi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menyumbang tenaga positif terhadap keamanan dan kestabilan serantau.
Xi menekankan bahawa kedua-dua negara akan mengadakan kerjasama dalam bidang pertanian, pembinaan infrastruktur, sumber tenaga dan sosiobudaya.
"China sedang mengubah suai langkah pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 supaya menyelaraskan pencegahan pandemik dengan pembangunan sosioekonomi secara lebih saintifik.
"Saya yakin pertukaran rakyat kedua-dua negara akan dipulihkan kepada situasi sebelum tercetusnya pandemik," kata beliau.
Xi berkata China bersedia memfokuskan kerjasama dan pembangunan dengan Filipina dan negara ASEAN yang lain, melindungi kedudukan ASEAN dalam kerjasama serantau, mendorong pembinaan 'lima kampung halaman', mendorong rantau ini terus bebas dari impak Perang Dingin dan meneruskan kemakmuran pembangunan.
Marcos Jr dalam ucapannya pula menyatakan beliau berharap lawatan ke China kali ini dapat mencerminkan bahawa hubungan Filipina-China berada pada tahap baik dan saling memerlukan.
"Kami bersedia untuk terus menangani masalah maritim melalui rundingan persahabatan dan mengadakan perbincangan semula terhadap penerokaan minyak dan gas dengan China," tambahnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada China atas bantuan yang diberikan dalam usaha melawan wabak COVID-19.
Marcos Jr berharap suapaya lebih banyak rakyat China datang melancong ke Filipina dan belajar di negara itu dalam usaha memperkukuh hubungan jangka panjang kedua-dua negara.
Pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama melibatkan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), pertanian, perikanan, pembinaan infrastruktur, kewangan, kastam, e-niaga dan pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Xi Jinping
#Ferdinand Romualdez Marcos Jr
#Lawatan rasmi ke China
#pertemuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan