DUNIA
Xi, Trump bincang hubungan dua hala melalui panggilan telefon
Trump (kiri) dan Xi Jinping (kanan) ketika pertemuan mereka pada acara kemuncak pemimpin G20 di Osaka, Jepun, 29 Jun 2019. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan perbualan melalui panggilan telefon pada Khamis.
Ringkasan AI
Xi berkata, kedua-dua pihak perlu memanfaatkan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan yang telah dibina, mengutamakan prinsip kesamarataan, menghormati keprihatinan masing-masing, serta berusaha mencapai situasi menang-menang.
Beliau memaklumkan bahawa selepas rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS diadakan di Geneva, China melaksanakan hasil rundingan itu dengan bersungguh-sungguh.
Justeru, Xi menasihatkan AS supaya melihat kemajuan itu secara realistik dan menarik balik langkah-langkah negatif yang dikenakan terhadap China.
Xi turut menekankan bahawa AS harus mengendalikan isu Taiwan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kedua-dua negara daripada terjerumus ke dalam konfrontasi dan konflik yang berbahaya.
Sementara itu, Trump menyatakan bahawa beliau amat menghormati Xi dan mengakui hubungan AS-China sebagai amat penting.
AS gembira melihat perkembangan pesat ekonomi China dan percaya kedua-dua negara boleh mencapai banyak kejayaan sekiranya bekerjasama, kata Trump.
Pemimpin AS itu menegaskan bahawa negaranya akan terus berpegang kepada dasar satu China.
Beliau turut memaklumkan bahawa rundingan ekonomi dan perdagangan AS-China di Geneva berjaya mencapai hasil yang memuaskan, dan AS bersedia bekerjasama dengan China untuk melaksanakan perjanjian yang dicapai.
Selain itu, Trump berkata AS mengalu-alukan kehadiran pelajar dari China untuk melanjutkan pengajian di AS.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden China Xi Jinping dan Presiden AS Donald Trump berbincang melalui telefon, menekankan kepentingan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta menyeru pendekatan menang-menang dan saling menghormati.
- Xi menggesa AS menarik balik langkah negatif terhadap China dan mengendalikan isu Taiwan dengan berhati-hati untuk mengelakkan konflik, manakala Trump menegaskan komitmen kepada dasar satu China.
- Trump menyatakan kesediaan AS bekerjasama melaksanakan hasil rundingan di Geneva dan mengalu-alukan pelajar China melanjutkan pengajian di AS.