awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoon didakwa arah tahan ahli politik utama selepas isytihar undang-undang tentera

Bernama
Bernama
06/12/2024
09:21 MYT
Yoon didakwa arah tahan ahli politik utama selepas isytihar undang-undang tentera
Yoon didakwa membuat panggilan telefon dan memberi arahan kepada Timbalan Pengarah Pertama NIS, Hong Jang-won, untuk "mengambil peluang ini untuk menahan mereka semua dan menyingkirkan mereka." - Reuters
SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, didakwa telah mengarahkan penahanan ahli politik terkemuka daripada parti pemerintah dan pembangkang utama selepas mengisytiharkan undang-undang tentera awal minggu ini, menurut seorang pegawai risikan kanan pada Jumaat.
Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa Timbalan Pengarah Pertama Perkhidmatan Risikan Kebangsaan (NIS), Hong Jang-won, membuat kenyataan itu dalam pertemuannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Risikan, Shin Sung-bum, di Parlimen. Kenyataan itu didedahkan oleh wakil pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) Kim Byung-kee, kepada pemberita.
Antara nama yang tersenarai ialah pemimpin DP Lee Jae-myung; pemimpin parti pemerintah, Han Dong-hoon; Speaker Palimen, Woo Won-shik; Ketua DP di Parlimen, Park Chan-dae; serta wakil Parti Pembinaan Semula Korea, Cho Kuk, dan beberapa ahli politik lain.
Hong mendakwa Yoon membuat panggilan telefon lewat Selasa malam dan memberinya arahan untuk "mengambil peluang ini untuk menahan mereka semua dan menyingkirkan mereka."
Hong juga berkata beliau telah menghubungi Komander Risik Balas, Yeo In-hyung, untuk menyampaikan arahan berkenaan.
Hong berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan selepas dimaklumkan oleh Pengarah NIS, Cho Tae-yong, bahawa Yoon telah mengarahkannya untuk dipecat pada Khamis, namun surat itu ditolak oleh Cho pada pagi berikutnya.
Sementara itu, Cho menafikan menerima arahan langsung daripada Yoon berkaitan penahanan ahli politik, dan menyatakan tiada perbincangan tentang pemecatan Hong daripada pihak presiden mahupun pejabat presiden.
Jawatankuasa Risikan dijadualkan mengadakan mesyuarat tergempar pada pukul 5 petang (waktu tempatan) bagi menyemak dakwaan Hong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Korea Selatan
#yoon suk teol
#tahan ahli politik
#undang-undang tentera
#politik korea selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan