awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoshihiko Noda, letak jawatan pemimpin Parti Demokratik Jepun

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2012
23:23 MYT
Yoshihiko Noda, letak  jawatan pemimpin Parti Demokratik Jepun
Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda, meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Demokratik Jepun , DPJ selepas partinya tewas dalam pilihan raya parlimen negara itu.
Satu mesyuarat khas parti juga akan diadakan secepat mungkin bagi melantik pemimpin baharu.
Prestasi buruk DPJ kali ini menyaksikan kehilangan lebih separuh kerusi parlimen apabila parti pembangkang Parti Demokratik Liberal menang antara 275 hingga 300 kerusi bagi 480 kerusi dewan rendah.
Kekalahan DPJ turut dikaitkan dengan kegagalan pentadbiran Noda mengotakan janji pilihan raya sebelum ini.
Sekaligus membuka laluan kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe mentadbir negara.
Dalam kempennya, LDP berjanji membina sebuah negara yang kuat di sebalik isu sempadan dengan China dan ancaman Korea Utara.
Dijangkakan LDP akan mengekalkan kerjasama dengan Parti Komeito bagi membentuk kerajaan campuran walaupun ia mempunyai kerusi mencukupi untuk mentadbir Jepun.541
Topic Berkaitan
#dewan rendah
#DPJ
#Korea Utara
#LDP
#Perdana Menteri
#Pilihan Raya Jepun
#Yoshihiko Noda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan