DUNIA
Zelensky ke Washington pada Isnin untuk berbincang dengan Trump
Zelensky dan Trump sebelum ini mengadakan perbualan telefon selama kira-kira sejam. Pemimpin Eropah kemudiannya disambungkan ke perbualan itu, menjadikan tempoh keseluruhan lebih satu jam setengah. - Gambar/ AP
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, akan berkunjung ke Washington pada Isnin bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, umum Zelensky pada Sabtu pagi melalui Telegram selepas panggilan telefon dengan Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
"Saya berhasrat membincangkan semua butiran mengenai penamatan pembunuhan dan penamatan perang dengan Presiden Trump di Washington pada Isnin," tulis Zelensky di Telegram, merujuk kepada pencerobohan Rusia ke atas negaranya.
Beliau berkata beliau menyokong cadangan Trump untuk mengadakan mesyuarat tiga hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. "Ukraine menekankan bahawa isu-isu utama boleh dibincangkan di peringkat kepimpinan, dan format tiga hala adalah sesuai untuk ini," tambahnya.
Zelensky turut mencadangkan penyertaan wakil Eropah, khususnya berhubung isu jaminan keselamatan untuk negaranya.
Zelensky dan Trump sebelum ini mengadakan perbualan telefon selama kira-kira sejam. Pemimpin Eropah kemudiannya disambungkan ke perbualan itu, menjadikan tempoh keseluruhan lebih satu jam setengah.
Trump memaklumkan Zelensky dan para pemimpin Eropah mengenai "isu utama perbincangan" dengan Putin.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky akan berkunjung ke Washington pada Isnin untuk bertemu Presiden Donald Trump bagi membincangkan penamatan perang Rusia-Ukraine.
- Zelensky menyokong cadangan Trump untuk mengadakan mesyuarat tiga hala bersama Presiden Rusia Vladimir Putin dan mencadangkan penyertaan wakil Eropah bagi isu jaminan keselamatan.
- Perbualan telefon antara Zelensky, Trump dan pemimpin Eropah berlangsung selama lebih satu jam setengah, membincangkan isu utama rundingan dengan Putin.