KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta bantuan bernilai berbilion-bilion lagi daripada Amerika Syarikat (AS) bagi mempertingkatkan keupayaan pertahanan Kyiv, pada pertemuan dengan ahli dewan perwakilan dari Washington, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Saya yakin Kongres akan membuat keputusan untuk menyokong Ukraine dengan menyalurkan bantuan yang diperlukan. Ini akan mengukuhkan pertahanan kami," kata Zelensky di Kyiv pada petang Jumaat.
Beliau menyiarkan video perbualan dengan ahli Dewan Perwakilan AS di rangkaian sosial X. Dewan itu telah menahan bantuan, dengan bekas presiden Donald Trump memberitahu Republikan bahawa beliau tidak mahu mereka meluluskannya kerana prosedurnya terikat dengan undang-undang imigresen AS.
"Kami tidak boleh membenarkan penularan perang dan kejahatan Rusia," menurut Zelensky.
Beliau membuat kenyataan itu ketika Canselor Jerman Olaf Scholz berada di Washington membincangkan mengenai pembiayaan perang Ukraine dengan Presiden AS Joe Biden.
Ukraine bergantung kepada sekutu, khususnya AS, untuk pembiayaan dan bekalan ketenteraan. Ia mahu meningkatkan sistem pertahanan udaranya dengan sistem Patriot AS dan kerjasama dalam pengeluaran dron moden dan peralatan untuk peperangan elektronik.
Dalam mesej videonya, Zelensky juga bercakap mengenai keperluan senjata jarak jauh "terutama ATACMS dengan jarak 300 km, yang masih belum diputuskan."
Ukraine masih menunggu bekalan peluru berpandu ATACMS daripada pengeluar Lockheed Martin dari Washington.
Kyiv juga mahukan peluru berpandu cruise Taurus Jerman, yang boleh memusnahkan kubu dan markas yang dilindungi sehingga 500 kilometer jauh. Bagaimanapun, wujud kebimbangan bahawa kedua-dua sistem senjata itu juga akan digunakan untuk menyerang sasaran di Rusia.
Senjata jarak jauh itu termasuk peluru berpandu cruise Storm Shadow dan Scalp, yang sudah diterima Kyiv dari United Kingdom dan Perancis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Dalam mesej videonya, Zelensky juga bercakap mengenai keperluan senjata jarak jauh "terutama ATACMS dengan jarak 300 km, yang masih belum diputuskan." - Gambar fail/Reuters
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.