DUNIA
Zelensky tiba di Washington untuk bertemu Trump
Trump dijadualkan mengadakan pertemuan tertutup dengan Zelensky terlebih dahulu sebelum sesi bersama pemimpin lain. - Gambar/ AP
MOSCOW: Volodymyr Zelensky mengumumkan bahawa beliau telah tiba di Washington bagi menghadiri pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Sputnik.
Ringkasan AI
"Saya sudah tiba di Washington, esok saya akan bertemu dengan Presiden Trump.
"Esok kami juga akan berbincang dengan para pemimpin Eropah. Saya berterima kasih kepada @POTUS atas jemputan ini. Kita semua berkongsi hasrat untuk menamatkan perang ini dengan cepat dan andal. Dan keamanan mesti berkekalan," kata Zelensky di platform X.
Presiden AS Donald Trump akan menerima kunjungan Zelensky di Rumah Putih pada Isnin, buat kali pertama sejak pertikaian antara kedua-dua pemimpin itu pada Februari lalu.
Canselor Jerman Friedrich Merz, Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, Presiden Finland Alexander Stubb, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen serta Setiausaha Agung NATO Mark Rutte turut mengumumkan penyertaan mereka dalam pertemuan itu.
Dalam pada itu, akhbar Bild memetik sumber melaporkan bahawa Trump akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Zelensky terlebih dahulu sebelum bertemu dengan para pemimpin Eropah.
Setiausaha Negara AS Marco Rubio sebelum ini berkata jaminan keselamatan untuk Ukraine akan dibincangkan dalam mesyuarat di Rumah Putih.
Utusan Khas Presiden AS Steve Witkoff pula menyatakan harapan bahawa menerusi pertemuan di Washington, persetujuan mengenai isu wilayah dalam konflik Ukraine dapat dicapai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Zelenskyy tiba di Washington untuk bertemu Presiden AS Donald Trump pada 18 Ogos, bagi membincangkan penyelesaian konflik Rusia-Ukraine dan jaminan keselamatan kepada Ukraine.
- Pertemuan turut disertai pemimpin Eropah dan NATO seperti Emmanuel Macron, Keir Starmer, Friedrich Merz, Giorgia Meloni, Ursula von der Leyen dan Mark Rutte.
- Trump dijadualkan mengadakan pertemuan tertutup dengan Zelensky terlebih dahulu sebelum sesi bersama pemimpin lain, dengan isu wilayah dan keselamatan menjadi fokus utama rundingan.